Antara program yang ditawarkan di bawah Jabatan Usuluddin ialah Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dan Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia (SMUM) (major-minor).
I) DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN)
I) DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN)
NAMA PROGRAM: IS13 Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)
KOD PENGIKTIRAFAN: KP/JPS (KR 6310) 07/10 MQA (A 1207)
JABATAN & FAKULTI: Jabatan Usuluddin, Akademi Islam.
MOD PENGAJIAN: Sepenuh Masa
TEMPOH PENGAJIAN: 2 tahun setengah atau 5 semester (Mulai tahun 2014)
PENGAMBILAN: Sesi Mei/Jun & Nov/Disember setiap tahun.
SYARAT KEMASUKAN PELAJAR TEMPATAN:
Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Arab/kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya. Calon yang tidak kredit bahasa Arab perlu lulus ujian temuduga.
SYARAT KEMASUKAN PELAJAR ANTARABANGSA:
Tamat 11 tahun persekolahan serta mempunyai GCE'O Lavel atau yang setaraf dengnnay yang diiktiraf oleh MQA (sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Arab)
KELEBIHAN/KEISTIMEWAAN PROGRAM KEPADA PELAJAR
Memperolehi diploma pengajian Islam dalam tempoh 2 tahun setengah atau 5 semester.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI
Menyambung Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan menyelesaikan dalam 2 tahun setengah atau
Menyambung pengajian hampir ke seluruh universiti awam atau swasta di Malaysia (IPTA/IPTS) atau antarabangsa yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (B.A.) seterusnya ijazah Sarjana Usuluddin (M.A.) dan Doktor Falsafah Usuluddin (Ph.D)..
PELUANG PEKERJAAN APABILA TAMAT BELAJAR
Guru, guru agama, penolong pegawai agama Islam, pendakwah bebas, penceramah, penolong eksekutif, penasihat atau perunding agama, penasihat atau panel akidah, pensyarah dan seumpamanya.
II) SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA (KEPUJIAN)
NAMA PROGRAM: BI03 SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN MULTIMEDIA (KEPUJIAN)
KOD PENGIKTIRAFAN: KP (JPS) (KA 10229) MQA (PA 10229)
JABATAN & FAKULTI: Jabatan Usuluddin, Akademi Islam.
MOD PENGAJIAN: Sepenuh Masa
TEMPOH PENGAJIAN: 4 tahun atau 8 semester
PENGAMBILAN: Sesi Mei/Jun & Nov/Disember setiap tahun.
SYARAT KEMASUKAN PELAJAR TEMPATAN & ANTARABANGSA:
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat minimum lulus penuh dalam dua mata pelajaran; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU
Lulus Program Asas (Foundation); ATAU
Lulus A-Level atau yang setara dengannya; ATAU
Lulus Diploma Pengajian Islam atau yang setara dengannya; ATAU
Lulus Diploma dalam bidang multimedia termasuk mata pelajaran Bahasa Arab; ATAU
Lulus Diploma dalam bidang yang berkaitan; ATAU
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
KELAYAKAN BAHASA:
i. Pelajar yang tidak mendapat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Arab diperingkat STPM perlu lulus Ujian Penempatan Bahasa Arab bagi tujuan kemasukan.
ii. Mempunyai A-Level atau yang setara dengannya bagi pelajar antarabangsa termasuk lulus Bahasa Arab.
KELEBIHAN/KEISTIMEWAAN PROGRAM KEPADA PELAJAR
Memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam atau dengan lebih khusus Usuluddin (major) dan teknologi komunikasi maklumat atau dengan lebih khusus multimedia (minor).
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI
Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi hampir ke seluruh universiti awam atau swasta di Malaysia (IPTA/IPTS) atau antarabangsa yang menawarkan program lanjutan ijazah Sarjana Usuluddin atau Teknologi Komunikasi Maklumat (M.A.) dan Doktor Falsafah Usuluddin atau Teknologi Komunikasi Maklumat (Ph.D).
PELUANG PEKERJAAN APABILA TAMAT BELAJAR
Guru, guru agama, pereka grafik atau video, penolong pengawai agama Islam, pendakwah bebas, penceramah, penolong eksekutif, penasihat atau perunding ICT, penasihat atau perunding agama, penasihat atau panel akidah, pensyarah dan seumpamanya.
MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
Ketua Jabatan,
Jabatan Usuluddin,
Akademi Islam (AI),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +60389254251 ext. 4316 atau +60389117163
Faks: +60389254402
Facebook /jabatanusuluddinkuis
Blogspot /altuhfat.blogspot.com
Webseite /www/kuis.edu.my