Showing posts with label Pensyarah. Show all posts
Showing posts with label Pensyarah. Show all posts

Friday, 3 June 2016

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...


Bermula pada 1 Jun 2016, Jabatan Usuluddin akan digabungkan dengan Jabatan Dakwah dengan nama baru iaitu Jabatan Dakwah dan Usuluddin di bawah pengurusan Fakulti Pengajian Peradaban Islam (dahulunya dikenali degan nama Akademi Islam).


Tahniah diucapkan kepada Dr. Norsaleha Mohd. Salleh yang telah dilantik sebagai ketua Jabatan Dakwah dan Usuluddin.

Semua warga Dakwah dan Usuluddin mendoakan agar jabatan akan terus cemerlang. Amin.

Friday, 19 September 2014

Ketua Jabatan Usuluddin

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

KETUA JABATAN USULUDDIN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Ustazah Norsaleha Mohd. Salleh iaitu Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jabatan Usuluddin bermula pada tarikh 15hb September 2014.

Sekalung tahniah diucapkan dari kami ahli keluarga Jabatan Usuluddin. Semoga Jabatan Usuluddin akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin Ya Allah!

Monday, 15 September 2014

Pemangkuan Tugas Ketua Jabatan Usuluddin

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

PEMANGKUAN TUGAS KETUA JABATAN USULUDDIN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Jabatan Usuluddin sedia iaitu Ustaz Wan Haslan Khairuddin telah mula bercuti pada 15hb September 2014 dan akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai pensyarah di Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Justeru, semasa tempoh tersebut dan sebelum perlantikan Ketua Jabatan yang baharu segala urusan Jabatan Usuluddin yang melibatkan tanda tangan, cop ketua jabatan dan lain-lain akan diwakili oleh:

Ustazah Norsaleha Mohd. Salleh
Tel: +60193341494
Ext: 4346
Bilik: 4334

Segala bantuan dan kerjasama yang dihulurkan kepada Ustazah Norsaleha Mohd. Salleh amatlah dihargai. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT.