Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Friday, 19 September 2014

Ketua Jabatan Usuluddin

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

KETUA JABATAN USULUDDIN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Ustazah Norsaleha Mohd. Salleh iaitu Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jabatan Usuluddin bermula pada tarikh 15hb September 2014.

Sekalung tahniah diucapkan dari kami ahli keluarga Jabatan Usuluddin. Semoga Jabatan Usuluddin akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin Ya Allah!

Monday, 15 September 2014

Pemangkuan Tugas Ketua Jabatan Usuluddin

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

PEMANGKUAN TUGAS KETUA JABATAN USULUDDIN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Jabatan Usuluddin sedia iaitu Ustaz Wan Haslan Khairuddin telah mula bercuti pada 15hb September 2014 dan akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai pensyarah di Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Justeru, semasa tempoh tersebut dan sebelum perlantikan Ketua Jabatan yang baharu segala urusan Jabatan Usuluddin yang melibatkan tanda tangan, cop ketua jabatan dan lain-lain akan diwakili oleh:

Ustazah Norsaleha Mohd. Salleh
Tel: +60193341494
Ext: 4346
Bilik: 4334

Segala bantuan dan kerjasama yang dihulurkan kepada Ustazah Norsaleha Mohd. Salleh amatlah dihargai. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT.

Monday, 2 June 2014

Selamat Datang & Selamat Kembali ke KUIS


Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Kepada pelajar baharu,
Selamat datang ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan selamat menjadi ahli keluarga Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, KUIS. Semoga langkah pertama kalian ke sini sentiasa dan terus dipimpin Allah SWT. Amin Ya Rab!

Kepada pelajar senior,
Selamat kembali untuk menduduki semester baharu. Mudah-mudahan kembalinya kalian dengan semangat membara untuk terus mengukir kejayaan demi kejayaan. kecemerlangan yang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi syakhsiah serta perilaku. Amin Ya Allah!

Kepada para pensyarah,
Selamat kembali mendidik umat. Selamat kembali menabur bakti. Semoga segala urusan dan kewajipan kita dipermudahkan Allah SWT.

Akhirnya...
Semoga segala tindak tanduk kita dalam reda-Nya selalu. Semoga kita cemerlang dunia dan akhirat. Amin Ya Rab al-alamin!


Coretan..
Ketua Jabatan Usuluddin
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Friday, 22 February 2013

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)


BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) TAHUN 2013 RM250
Oleh: Wan Haslan Khairuddin

Assalamualaikum WBT. Tahniah diucapkan kepada semua para pelajar yang menerima BB1M. Tahun ini BB1M meningkat kepada RM250.00. Sebagaimana yang diketahui, BB1M adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian disamping ianya diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Justeru, manfaatkan BB1M anda dengan sebaiknya. "Beli buku rujukan bukan beli buku yang bukan-bukan". Berikut adalah buku-buku yang saya cadangkan untuk anda miliki. Buku-buku ini bukan sahaja anda boleh manfaatkan pada masa kini bahkan sehingga ke masa-masa di penghujung usia anda nanti. Wallahualam.
Kitab Fikah Mazhab Syafie (Terjemahan al-Fiqh al-Manhaji)
Sinopsis: Kitab Fikah Mazhab Syafie atau "al-Fiqh al-Manhaji" adalah kitab fikah mazhab syafie lengkap dalam edisi Bahasa Melayu moden. Ianya ditulis oleh ulama-ulama Syiria terkenal iaitu Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa Al-Bugha, Ali Al-Syarbaji. Di samping perbincangannya yang menyeluruh dengan meliputi hampir keseluruhan tajuk dalam bab fikah, ianya disusun secara sistematik dan mudah difahami para pembaca.
Kategori / Bidang: Fikah
Jilid: 1-8
Harga Set Lengkap: RM140.00 - RM156.00 (mengikut cetakan)
Penulis: Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha, Ali Al-Syarbaji
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd
Kitab Syarah Hadis 40 (Terjemahan Al Wafi fi syarh al-Arbain al-Nawawiyyah)
Sinopsis: Buku ini adalah syarah komprehensif kepada hadis 40 Imam al-Nawawi yang dikarang oleh ulama Syiria terkenal iaitu Dr. Mustafa Al-Bugha & Muhyiddin Misto.
Kategori / Bidang: Hadis
Jilid : 1 atau 3
Harga: RM49.50
Penulis: Dr. Mustafa Al-Bugha & Muhyiddin Misto
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd
Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta Sains
Sinopsis: Buku ini membicarakan Ilmu Tauhid dengan tanda-tanda kebenaran tauhid berasasakan fakta sains moden.
Kategori / Bidang: Tauhid
Jilid : 1 atau 3
Harga: RM32.00
Penulis: Syeikh Abdul Majid Az-Zindani
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd
Kitab Sirah Rasulullah S.A.W (Terjemahan Nurul Yakin)
Sinopsis: Buku ini menjadi teks bagi kebanyakkan institusi pengajian kerana ia boleh dianggap sebagai kitab sirah yang mudah dan ringkas.
Kategori / Bidang: Sirah
Jilid : 1
Harga: RM32.00
Penulis: Syeikh Muhammad al-Khudhari Bik
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd
Sirah Nabi Muhammad S.A.W Pengajaran & Pedoman (Terjemahan Fiqh al-Sirah Durus wa Ibar)
Sinopsis: Buku ini memaparkan sirah Nabi Muhammad SAW dan dihuraikan serta dikeluarkan pengajaran-pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Kategori / Bidang: Sirah
Jilid : 1
Harga: RM15.00
Penulis: Dr. Mustafa as-Syibaie
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd
Adab-adab Bersama al Quran (terjemahan al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran)
Sinopsis: Buku ini membicarakan adab-adab guru, murid, pembaca dan pendengar dalam berinteraksi dengan al-Quran.
Kategori / Bidang: al-Quran
Jilid : 1
Harga: RM12.50
Penulis: Imam al-Nawawi
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd
Kitab Memahami Tasawwuf yang Sahih
Sinopsis: Buku ini adalah pendedahan yang mudah dan ringkas untuk mereka yang ingin mencari dan memahami Tasawwuf yang sahih.
Kategori / Bidang: Tasawuf
Jilid : 1
Harga: RM10.00
Penulis: Syeikh Abu Mohammad Rohimuddin Nawawi
Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd